Tuesday, December 30, 2008

Berazam Untuk Lebih Bermatlamat...


Bulan Disember,bulan penutup bulan,menjengah kita lagi.Ini bermakna tahun 2008 akan meninggalkan kita.Dan tahun 2009,akan hadir membawa cabarannya yang tersendiri.Berbincang tentang cabaran,setiap daripada kita pasti akan menerima cabaran.Cabaran dalam bidang pelajaran,pekerjaan,percintaan,rumah tangga dan sebagainya.Dan kadang2 kita merasakan kita tidak mampu untuk menghadapi cabaran yang seterusnya dalam kehidupan kita.Tetapi kita terpaksa mengharunginya juga kerana itu Qada' & Qadar yang telah ditentukan.Untuk menghadapi semua cabaran,tanamkan sikap positif dan katakan kepada diri ,"cabaran itulah yang akan lebih mematangkan saya".Dan Allah tidak akan memberi sesuatu ujian,jika kita tidak mampu menghadapinya...

Menghadapi sesuatu cabaran bukanlah mudah.Begitu juga cabaran untuk menghasilkan yang terbaik.Untuk menghasilkan sesuatu yang terbaek,sikap kerjasama,bertoleransi dan saling hormat-menghormati amat diperlukan.Jika tidak ada sikap bekerjasama dan hormat-menghormati pasti sesuatu yang diusahakan tidak berhasil.Dan untuk menghasilkan yang terbaik tidak kira dalam bidang apa pun,pengorbanan,kesabaran,keikhlasan amatlah penting.Dan haruslah diingat,jika kita ingin menjadi yang terbaik,orang2 di sekeliling kita juga mesti yang terbaik iaitu sanggup berkorban,berusaha tanpa mengenal jemu dan sukakan cabaran untuk menghasilkan yang terbaik dan boleh bekerjasama...

Namun dalam kesibukan bekerja dan mencari kualiti yang terbaik,mengingatkan saya tentang erti pengorbanan dalam kehidupan,untuk berjaya bukanlah mudah kerana banyak cabaran yang harus kita tempuh...

Ramai antara kita akan menanamkan azam baru setiap kali tahun baru tiba.Tahun 2009 juga pasti memberi semangat baru untuk kita terus mencipta kejayaan.Manusia yang normal pasti tidak mahu kegagalan dalam kehidupan.Namun kegagalan tetap Allah berikan kepada kita sebagai ujian.Ujian ataupun dugaan yang diturunkan pastinya menuntut kesabaran dan sebagai umatnya yang lemah,terimalah segala ujian dengan kesyukuran dan rasa sabar.Percayalah yang Allah tidak akan memberi ujian sekiranya kita tidak mampu menghadapinya...

Sunday, December 28, 2008

Muharram...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Kisah Hijrah:

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Tentang Kaabah:

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.

Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?

Nama-nama Kaabah:

Nama-nama Kaabah:

Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah:

  • Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
  • Bayt ul Haram - rumah dihormati.

Kaabah dibina semula 12 kali.

Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.

Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki

Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish

Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Selamat Menyambut Awal Muharam..


Kedatangan Muharam mengajak kita untuk merenung sejenak musafir kita di dunia ini. Terkadang dalam musafir itu, kita tersalah arah, banyak kali juga kita tersilap langkah. Siang dan malam yang silih berganti seolah-olah membuai kita sehingga kadang-kadang kita lupa siang dan malam yang mendatang bukan lagi ia yang semalam. Setiap detik waktu yang berlalu tidak akan kembali melainkan pada Hari yang Dijanjikan, sama ada sebagai hujah bagi kita atau sebagai hujah ke atas kita. Justeru, renunglah kembali jauh ke dalam diri, adakah kita telah benar-benar menyempurnakan dua tujuan utama kita diciptakan; ubudiah dan khalifah?

Sahabat yang dikasihi,
Allah (swt) telah menganugerahkan kepada umat Muhamad (saw) pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Begitu juga dalam bulan Muharam, Allah telah menjanjikan kelebihan bagi orang-orang yang berpuasa padanya sebagimana sabda Nabi (saw):

Dari Abu Hurairah (ra), katanya: “Rasulullah (saw) bersabda:
“Seutama-utama berpuasa sesudah bulan Ramadhan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan - yakni Muharram - dan seutama-utama shalat sesudah shalat wajib ialah shaliatullail - yakni shalat sunnah di waktu malam.” (Riwayat Muslim).

Demikian juga kelebihan yang telah Allah janjikan pada 3 Hari Sepuluh yang utama dalam Islam. Hari Sepuluh yang pertama yang dimaksudkan adalah 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang padanya telah Allah jadikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Firman Allah (swt): (Sesungguhnya telah Kami turunkannya(al-Quran) pada malam al-Qadr, malam al-Qadr yang lebih baik dari seribu bulan).[al-Qadr: Ayat 1&2]

Diceritakan oleh Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah (saw) itu beri’tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau (saw) bersabda: “Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir - yakni antara malam ke 21 sampai malam ke 30 - dari bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)

Hari sepuluh yang kedua pula adalah sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagaimana dalam sabda baginda (saw):

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah (saw) bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang mengerjakan amalan shalih pada hari-hari itu yang lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini,” yakni hari-hari sepuluh - yang pertama dari Zulhijjah. Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, apakah juga tidak lebih dicintai oleh Allah mengerjakan jihad fi-sabilillah?”
Beliau (saw) menjawab: “Tidak lebih dicintai oleh Allah pada hari-hari selain hari-hari sepuluh itu untuk berjihad fi-sabilillah, kecuali seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan membawa sesuatu apapun dari yang tersebut - yakni setelah berjihad lalu mati syahid. (Riwayat Bukhari)

Manakala Hari Sepuluh yang terakhir adalah Hari ‘Assyura iaitulah hari kesepuluh dalam bulan Muharam. Pada hari ini, Rasulullah (saw) telah menganjurkan umatnya untuk berpuasa padanya sebagaimana sabda baginda:
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Assyura - iaitu tanggal 10 bulan Muharram - dan memerintahkan - ummatnya - untuk berpuasa pada hari itu pula.

Kalaulah puasa pada hari Arafah dapat menutupi dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, puasa pada 10 Muharam pula, telah Allah janjikan padanya pengampunan ke atas dosa setahun yang lampau.
Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura - tanggal 10 Muharram, Beliau (saw) lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.”

Menyingkap peristiwa di sebalik 10 Muharam, pada hari tersebut, Allah (swt) telah menyelamatkan Nabi Musa (as) dan pengikutnya dari bani Israel (yahudi) daripada Firaun dan bala tenteranya. Justeru sebagai menyatakan kesyukuran kepada Allah, Nabi Musa (as) telah berpuasa pada hari tersebut dan diikuti oleh kaumnya bani Israel. Sebagai menyalahi amalan Yahudi, Rasulullah (saw) telah menganjurkan umatnya berpuasa pada hari Tasu’a (hari kesembilan dalm Muharam).

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Niscayalah jikalau saya masih tetap hidup sampai tahun muka, tentulah saya akan berpuasa pada hari kesembilan - bulan Muharram yakni Tasu’a.” (Riwayat Muslim)

Merenung kembali keangkuhan Firaun dan ketabahan Musa (as) di sebalik peristiwa 10 Muharam, menguatkan lagi keyakinan kita pada janji Allah untuk memenangkan Islam di muka bumi. Namun adakah usaha kita pada amal dakwah sehebat dan secekal usaha Musa (as) sehingga melayakkan baginda beroleh pertolongan dari Allah?

Ketabahan Musa (as) dalam meninggikan kalimah Allah (swt) seharusnya menjadi motivasi kepada kita untuk memperbaharui azam supaya lebih cekal dan bersungguh-sungguh dalam jihad kita mencari ilmu khususnya di Perlembahan Nil, bumi Musa dan juga bumi Firaun.

Wallahua’lam.

Saturday, December 27, 2008

G+O+A+L+S




2009 is coming. well, the new beginning we experience each new year doesnt appear from nowhere. its the beginning of another round of the year cycle.


At the end of each year many of us just forget our unfulfilled hopes or goals for that year and just recycle them for the upcoming year. that same goes to me. i always have same goals for new year just because i cant fulfill it. hehe. sound complicated huh? its more than a wish or a hope. just thinking about having, being or doing it gives you happy and pleasure.

Of course, there are those beliefs that can get in my way. for example

"i cant have what i really want. its too hard. im not experienced it enough."

Those kinds of thoughts are like barriers to my desires. yet it is this very moment that is mine.

so now, how do i wanna use this time? What choices do i wanna make today that will lead me towards achieving my goals? What intentions do i wanna set for 2009? i will list up all my goals, aims, to-do-lists for the next year soon before the new year come. haha. we ll see whether i can achieve it or not. 10 will do. or more? kiki:)




Monday, December 22, 2008

Love

LOVE..

SLOWLY YOU COME INTO MY LIFE..

DEEPLY YOU ENCOMPASS ME..

SIMPLY YOU ENCHANT ME..

FAIRLY YOU GLOW ME..

TENDERLY YOU CALL ME..

CAREFULLY YOU SELECT ME..

STRONGLY YOU HOLD ME..

NICELY YOU TELL ME..

THAT YOU LOVE ME;TRULY MADLY DEEPLY;

AND CAPTIVATES ME WITH YOUR TRUE ,CRAZY LOVE..

I WISH I COULD BEHOLD YOU..

BE MY BETTER HALF..

IN THIS WORLD AND THERE TO COME..